Apr 30, 2015

May 01, 2015 at 12:18PM

Cerita PBAKL. Alhamdulillah, saya direzekikan mendapat pengalaman baru semalam. . Alhamdulillah, saya mendapat tempat ketiga dalam Pertandingan Menulis Cerpen Menjejak Cinta anjuran Yadim. . Sedikit fakta mengenai sayembara ini. - 347 penyertaan direkodkan. - Penyaringan pemenang dibuat sebanyak 3 kali, oleh para penilai daripada Yadim dan DBP. - Kriteria penilaian meliputi, memenuhi ciri-ciri seperti tema, cara penyampaian, dan bahasa. - 25 cerpen terbaik dipilih dan dimasukkan dalam antologi 'Biru Langit Itu'. Buku ini boleh didapati di reruai Ana Muslim dan DBP. - Judul Biru Langit Itu adalah tajuk cerpen pemenang kedua pertandingan ini. . Salam tahniah kepada semua pemenang. . Selesai majlis, saya tidak melepaskan peluang memperkenalkan buku Aku Terima Cintanya kepada dua tetamu VIP ini, Senator Dato' Asyraf Wajdi dan Dato Razali Ibrahim. . Saya suka apabila Dato Razali membaca testimonial pada kaver dan berkata, "Cinta bukan setakat ucapan I love you. Kena baca ni." . Saya lebih suka, apabila mereka berdua membelek naskhah ungu-merah jambu cinta ini dan membaca beberapa perenggan. Nota 1: Ini bukan cerita politik. Alhamdulillah, terima kasih ahli keluarga dan rakan yang sudi datang dan meraikan kejayaan kecil ini. Nota 2: Mari sertai pertandingan. Ia memang menyeronokkan! Mohon tag : Zamri Mohamad, Abdul Muiez Ruslee
by Rahmah Mokhtar

from Facebook
via IFTTTfrom Facebook
via IFTTT

No comments:

Page copy protected against web site content infringement by Copyscape