May 7, 2015

May 08, 2015 at 12:49PM

Cerpen101. Hari ini, saya mahu kongsi sedikit pasal idea. Macam mana nak dapat idea? Cari, usah tunggu. Tetapi, di mana nak cari idea? 1. Idea ada di sekeliling kita. Perhatikan orang keliling. 2. Imaginasi. 3. Cari idea dalam memori kita. Keluarkan apa yang kita rasa, dengan jujur. 4. Lagu. Dengar lirik lagu baik-baik. Pasti ada sesuatu. Tahu projek Cermuz oleh Nuun? Mereka gunapakai konsep ini. 5. Tonton filem. Macam Puan Saadiah (Karya Bestari) selalu cdangkan, tonton filem luar, filem hindustan. Banyak lagi sebenarnya. Selendang biru emak pun boleh dikembangkan jadi sebuah cerpen. Mari tambah senarai di ruang komen. Nota : Penulis juga macam saintis. Kita pemerhati dan selalu persoalkan banyak perkara. A lot of why. Lagi, kita selalu tulis penemuan sendiri. Penulis yang baik, akan menukarkan idea-idea kecil menjadi khazanah penulisan yang besar.
by Rahmah Mokhtar

from Facebook
via IFTTTfrom Facebook
via IFTTT

No comments:

Page copy protected against web site content infringement by Copyscape