May 9, 2015

May 09, 2015 at 08:09PM

Kuliah Maghrib. Masjid Kota Damansara. Ustaz mulakan dengan intro, "Tidaklah kita mampu memenangi musuh melainkan dengan memiliki senjata paling ampuh, iaitu iman." Kata penyair Mutanabbi, "Tidaklah berguna kuda perang dan tombak melainkan ia digunakan oleh orang-orang yang mulia." Nota : Teringat kisah Sultan Muhammad Fateh, yang hanya berjaya menakluk Konstatinopel. Sabda Rasulullah SAW ketika menggali parit dalam peperangan Khandaq: "... Konstantinopel (kini Istanbul) akan jatuh ke tangan tentera Islam. Rajanya adalah sebaik-baik raja, tenteranya adalah sebaik-baik tentera ..." (Hadis Riwayat Imam Ahmad)
by Rahmah Mokhtar

from Facebook
via IFTTTfrom Facebook
via IFTTT

No comments:

Page copy protected against web site content infringement by Copyscape