May 12, 2015

May 13, 2015 at 10:35AM

Nostalgia | Sebenarnya, saya pernah menulis lirik untuk kumpulan nasyid sekolah. Beberapa buah. Ustazah minta. Macam jawatan pun ada juga. Penulis lirik nasyid sekolah. Wakaka. Lirik pertama, tema Hijrah. Khusus, untuk pertandingan nasyid Ma'al Hijrah. Masa singkat. Waktu itu, saya ajak kawan-kawan duduk di kawasan rehat (laluan orang ramai berhampiran tempat perhimpunan), dan minta mereka mengulang-ulang lagu Hijrah. Beberapa kali, rangkap pertama lagu lejen itu diulang. Satu Muharram detik permulaan... Alhamdulillah, kawan-kawan sporting. Guru disiplin pun rilek sahaja apabila melihat kami berkumpul. Apabila dia lalu, kami beri salam dan selepas dia pergi kami sambung aktiviti. Hasil sesi ad-hoc itu, dapatlah beberapa rangkap (habis langgar semua peraturan, rima rangkap tak sekata, perkataan per baris rangkap memang ikut suka) Hijrahmu satu perjuangan, Menegak Islam agama tercinta, . . Sudah lupa. Yang ingat ada 'kegemilangan' di baris akhir rangkap pertama. Haha
by Rahmah Mokhtar

from Facebook
via IFTTTfrom Facebook
via IFTTT

No comments:

Page copy protected against web site content infringement by Copyscape