Jun 6, 2015

June 06, 2015 at 04:08PM

Private Message, atau PM. Adalah sangat membantu, sekiranya tuan kirimkan mesej dan menyatakan terus tujuan ia dihantar. Mohon jasa baik tuan supaya tidak hanya menulis ucapan salam dan menunggu sehingga ia dibalas, kemudian tunggu lagi untuk mengirim mesej-mesej seterusnya. Terus sahaja kepada point penting. Saya bukan tidak mahu jawab, tetapi saya letih apabila ia hanya digunakan untuk bertanya soalan, "Bekerja di mana? Tinggal di mana?" sedangkan ia boleh dimanfaatkan dengan banyak perkara lain. Contohnya, "Cik penulis buku Hadiah Buat Ibu? Anak saya suka ceritanya. Setiap hari dia minta saya bacakan buku itu, berulang kali." Atau, "Cik, saya mahu bertanya pasal kerongsang storyah." Terima kasih. Soalan: Selalunya, awak cakap apa dalam PM? Nota: Bukan sombong.
by Rahmah Mokhtar

from Facebook
via IFTTTfrom Facebook
via IFTTT

No comments:

Page copy protected against web site content infringement by Copyscape