Jun 21, 2015

June 22, 2015 at 06:40AM

Selepas bersahur, macam selalu Asyraf main dengan Alisya. MakMah sibuk cari bicone, untuk siapkan kerongsang pelanggan. Tetiba, Asyraf sibuk mencari-cari. Apabila ditanya, dia kata cari pita pelekat. Lepas tu layan dia bercakap sambil tangan laju pusingkan tangsi. Selesai cari pita pelekat, Asyraf panggil umi dia dan tanya soalan luar biasa, "GST...." "Umi, 1MdB tu apa?" MakMah dan kakak berpandangan.... MakMah was like, "What...?" Krik. Krik. Krik. Apapun, jawapan paling selamat adalah, "Abang tanya ayah. Ayah tahu semua...." Nota : Selamat hari Isnin. Selamat mendepani satu hari indah, yang akan penuh dengan 1001 cerita kejayaan kecil yang bermakna. Semoga tuan puan direzekikan kesihatan yang baik bagi meneruskan ibadah Ramadhan. Amin.
by Rahmah Mokhtar

from Facebook
via IFTTTfrom Facebook
via IFTTT

No comments:

Page copy protected against web site content infringement by Copyscape