Jun 24, 2015

June 25, 2015 at 12:02PM

Memahami ujian dan kesukaran (al-Baqarah 2:286) Allah tidak bebankan kita dengan kesusahan, sebab Dia tahu ia di dalam kemampuan tanggungan hamba-Nya. . Ujian kepada manusia itu bersifat 'custom-tailored'. Seperti baju yang kita hantar kepada tukang jahit, kita minta mereka ukur saiz tubuh kita, supaya apabila dipakai, ia adalah yang paling fit dengan saiz tubuh kita. Begitu juga ujian hidup yang Allah datangkan. Awal-awal lagi, Allah sudah aturkan supaya sesuai dengan kemampuan kita. . Allah juga kata, "Ia mendapat pahala kebaikan yang diusahakannya, dan ia juga menanggung dosa kejahatan yang diusahakannya." . Simboliknya, melakukan kebaikan itu lebih mudah daripada membuat hal jahat. . Kita selalu menyangka berbuat baik itu sukar dan laluannya berliku, sedangkan berbuat jahat itu lebih sukar. . Apa yang sukar? Ia susah pada ketika kita menerima balasan atas perkara yang dilakukan. Sering, menanggung akibat berbuat jahat itu lebih berat berbanding menerima hasil perbuatan baik. . Sumber : Quran Weekly, oleh Nouman Ali Khan . Tadi Hafiz Hamidun ada sebut, "Ramai yang ada masalah dengan cinta. Maka, selesaikan ia dengan cinta." . Saya hanya mahu kata, "Ya, banyak masalah selesai apabila kita meluaskan hati bagi menerima cinta Tuhan." . Nota : Terima kasih Tuhan, untuk cinta ini.
by Rahmah Mokhtar

from Facebook
via IFTTTfrom Facebook
via IFTTT

No comments:

Page copy protected against web site content infringement by Copyscape