Jul 11, 2015

July 12, 2015 at 06:57AM

Hari ni tukar sikit, share pepagi. Macam semalam, rasa macam tak mahu ulas apa-apa. Tapi, MakMah nak tanya, "Dah buat kebaikan hari ni?" Kalau belum, meh doakan ibu bapa (sedekahkah al-Fatihah buat mereka), kawan-kawan, kita doakan kesihatan, kejayaan, kemudahan urusan dan rezeki jalan keluar daripada kesulitan, rezeki hidayah. Takut. Taqwa kepada Allah bermakna hati kita takut mahu melakukan kejahatan. Apabila ia sudah tidak gentar mahu berbuat jahat, mintalah Tuhan beri kita hati yang baru. Hati yang takut dan mahu tunduk kepada Tuhan. Ya, sepotong hati yang baru. Pesanan Imam al-Ghazali : "Carilah hatimu di tiga tempat. Temui hatimu sewaktu bangun membaca al-Quran. Tetapi jika tidak kau temui, carilah hatimu ketika mengerjakan solat. Jika tidak kau temui juga, carilah hatimu ketika duduk tafakur mengingati mati. Jika kau tidak temui juga, maka berdoalah kepada Allah, pinta hati yang baru kerana hakikatnya pada ketika itu kau tidak mempunyai hati!" Petikan ini daripada buku Di Mana Dia Di Hatiku? Eh, terbebel sikit. Tak sengaja. Dah, MakMah nak sambung mencerpen. Mohon doakan MakMah ada buku baru lagi, sebelum tahun 2015 berakhir. Amin. Kbai.
by Rahmah Mokhtar

from Facebook
via IFTTTfrom Facebook
via IFTTT

No comments:

Page copy protected against web site content infringement by Copyscape