Jul 12, 2015

July 13, 2015 at 12:50PM

Pening dengan isu bergaduh, hati terpujuk apabila mendapat emel dengan tajuk Ustaz Pahrol Mohamad Juoi - Mahar al-Qadr. Ia topik hangat yang tidak harus dilupakan pada hujung Ramadhan. Saya suka dengan contoh yang diberi, "Hadiah yang biasa, akan menjadi luar biasa kerana pemberinya." Umpamanya, sebatang pen yang biasa menjadi berganda mahal apabila dihadiahkan oleh orang yang paling kita sayang. Ia akan berkali-kali lebih bernilai apabila pen yang mahal dihadiahkan oleh orang yang paling kita sayang / menyayangi kita. Malam al-Qadr itu lebih hebat, sebab ia hadiah Allah yang tinggi kecintaan-Nya buat kita. Cerita mengenai malam ini diterangkan dalam 5 ayat, dalam surah al-Qadr. Dalam Bahasa Inggeris, al-Qadr diterjemah sebagai The Night of Glory. Lima ayat. Bermakna ia sesuatu yang sangat hebat dan Allah mahu kita tahu mengenainya. Apa mahar yang perlu bagi mendapat malam yang lebih baik daripada 1000 bulan ini? Jawabnya, "Sediakan hati yang bersih, yang dapat menjadi tempat yang disukai malaikat untuk bertamu dan membisikkan ilham kepada kita sehingga akhir hayat." Semoga Allah rezekikan kita menjadi golongan yang didoakan keampunan oleh para malaikat, pada malam al-Qadr. Amin.
by Rahmah Mokhtar

from Facebook
via IFTTTfrom Facebook
via IFTTT

No comments:

Page copy protected against web site content infringement by Copyscape