Jul 20, 2015

July 21, 2015 at 02:03PM

Perkongsian tuan mentor ini selalu buat saya berfikir. Alhamdulillah, ia membantu saya meluruskan langkah sebagai penulis. + Percaya atau tidak, poin-poin ini ada dalam naskhah Aku Terima Cintanya. Ia cerita pengalaman, kisah keluarga yang ditulis dengan tujuan mencari diri dan belajar mengenai perhubungan. + Ya, antara lain ia kisah yang memimpin langkah yang kerap tersadung, supaya dapat berjalan teratur. + Ia cerita inspirasi, yang dikarang supaya menjadi panduan dan kekuatan mengharungi hari. + Ia himpunan kisah, yang dicatatkan supaya menjadi bacaan anak-anak pada penghujung hari, ketika kami sudah tidak mampu berkisah mengenai datuk dan nenek mereka yang berkemungkinan tidak sempat dikenali. + Ia kumpulan cerita, yang disusun mengikut isi naskhah tip perhubungan supaya boleh dimanfaatkan segenap lapisan pembaca. + Ia cerpen bersiri, yang digarap buat menyedarkan hati-hati yang terlena bahawa cerita cinta itu lebih panjang dan berliku sebagai mahar menuju syurga Tuhan yang mahal. + Ia cetusan rasa, yang diambil daripada kisah-kisah benar dalam sebuah keluarga dengan harapan ia akan sentiasa dalam perlindungan dan rahmat Tuhan. Amin, amin, amin. Nota: Selamat bercinta, kerana Tuhan. Semoga ia menyatukan kita di syurga. Amin.
by Rahmah Mokhtar

from Facebook
via IFTTTfrom Facebook
via IFTTT

No comments:

Page copy protected against web site content infringement by Copyscape