Jul 22, 2015

July 22, 2015 at 09:01PM

Pandang ke hadapan. Kata Abraham Lincoln, "I am a slow walker, but I never walk back." Perlahan macam mana pun, jalan terus, hakak oi! Ingat cerita arnab dengan kura-kura? Yang kalau modify macam mana pun, kura-kura menang sebab dia TIDAK BERHENTI dan teruskan langkah sampai garis penamat. Arnab tewas kerana sikapnya yang terlebih yakin, merendahkan orang lain dan sebab paling utama, dia berhenti untuk berehat terlalu lama. Berehatlah seketika buat melepas penat. Tetapi, teruskan perjalanan sebelum semangat kau hilang ditelan malas yang ikut singgah semasa kau berehat. Kau boleh! Nota: Pi amek pen, sambung tulis cerita kau yang tak siap-siap dari tahun lepas.
by Rahmah Mokhtar

from Facebook
via IFTTTfrom Facebook
via IFTTT

No comments:

Page copy protected against web site content infringement by Copyscape