Jul 22, 2015

July 23, 2015 at 01:36PM

Luaskan kuasa. Kata Nelson Mandela, "I learned that courage was not the absence of fear, but the triumph over it. The brave man is not he who dos not feel afraid, but he who conquers that fear." Ya, semua orang ada perasaan takut. Sebab ia sifat yang layak bagi hamba, supaya kita takut kepada Tuhan. Tapi, kalau sebab takut kau simpan manuskrip yang dah cetak dalam laci dan biar ia lama-lama sampai kertas putih dah bertukar kuning, tulisan hitam dah jadi kelabu, kau kena semak balik. Betul ke saluran rasa takut tu? Kuasai ketakutan kau. Orang berjaya itu berjaya sebab mereka berani berdepan dengan kegagalan. Sebab dari perkara yang kita tafsirkan sebagai 'GAGAL' itu, mengajar kita banyak perkara pasal KEJAYAAN. Kau tahu kenapa kura-kura berjaya? Sebab dia tak takut nak berhadapan dengan arnab. Dia lawan dan kuasai ketakutan yang ada dan berjalan tanpa henti sampai jumpa balik kawan-kawan yang tunggu dan bersorak di garisan penamat. Jadi, manuskrip yang kau simpan dari tahun lepas tu dah siap, kan? Dah buat ikut step yang cikgu ajar? Karya dah patuh syariah? Minimal kesalahan tatabahasa? Dah pasti tak banyak typo? Dah ikut format yang editor suka? Kalau dah ikut semua tip guru, meh ikut lagi satu perkara penting. Cari alamat editor dan hantar cerpen kau. Tulis emel baik-baik, guna bahasa sopan dan ejaan lengkap. Masa ni, campak takut tu jauh-jauh. Lepas tekan butang send, ganti rasa takut dengan tawakkal. Nota: Dah selesai satu cerpen, bergerak ke cerpen seterusnya. Dari cerpen ke cerpen, mari kita sirikan. Tiba-tiba, aku teringat yang aku belum tulis cerpen untuk Usrati bulan depan. Haha, me is panic.
by Rahmah Mokhtar

from Facebook
via IFTTTfrom Facebook
via IFTTT

No comments: