Jul 23, 2015

July 23, 2015 at 09:21PM

Saya baru dapat soalan paling power untuk raya kali ini. . Cepu emas sungguh! . "Kalau orang besar dah kahwin, nak panggil apa?" . Saya kerut dahi dan tanya semula, "Siapa yang dah besar?" . "MakMah la." . Okey, ini ada harapan akan menghala ke arah lain. Saya jawab, masih dengan rasa aneh, "Tu adik panggil MakMah." . "Ooo...." . Ada sambungan rupanya, "Nanti kalau anak MakMah, panggil MakMah juga ke?" . Fuh, KBAT! . Tenangkan diri, saya jawab, "Panggil Umi." (sambil aminkan doa dalam hati, hihi) . Selepas itu, satu soalan lain mengiringi, "Yang lelaki tu, nak panggil apa?" . Fuh, berpeluh MakMah kau dik! . Tapi, jawab jugalah, "Tengoklah nama dia apa nanti. Mana MakMah tau." . Nota: Soalan paling win setakat jam 9.20 malam ini. Apapun, menten aminkan doa dalam hati. Kbai.
by Rahmah Mokhtar

from Facebook
via IFTTTfrom Facebook
via IFTTT

No comments: