Jul 24, 2015

July 24, 2015 at 08:33PM

Cerita rezeki Semalam MakMah lupa pakai stokin masa tidur. Sudahnya, hari ini selesema, yang bikin kepala pusing dan sakit. Tapi, dalam sakit-sakit Allah rezekikan saya kekuatan melayan pertanyaan pelanggan StorYah yang sungguh bersemangat dengan macam-macam soalan mengenai kerongsang dan pin selendang. Ada juga yang mahu minta kami baiki kerongsang yang dah rosak. MakMah kata, "Pos semula kepada kami. Kami hanya akan caj kos barang ganti dan upah ikat kerongsang. Kos pos, juga atas pelanggan." Dapat jugalah seorang pemborong, dan tiga pelanggan yang membeli secara runcit. Dua daripadanya pelanggan baru. Alhamdulillah. Nota: Me is okey now. Dah siap masak tadi. Anak-anak sedang makan. Harapnya adik tak tanya soalan cepu emas malam ni. Haha.
by Rahmah Mokhtar

from Facebook
via IFTTTfrom Facebook
via IFTTT

No comments:

Page copy protected against web site content infringement by Copyscape