Jul 24, 2015

July 24, 2015 at 09:19PM

Fahami proses. "A process cannot be understood by stopping it. Understanding must move with the flow of the process, must join it and flow with it." Ini kata Frank Herbert, penulis cerpen yang terkenal dengan siri sains fiksyen Dune yang mengandungi lima sekuel. Dia kata pasal proses. Kenapa kau kena ambil tahu cakap-cakap dia ni? Sebab apa-apa pekerjaan perlu kepada proses. Menulis juga tertakluk bawah hal yang dia kata proses ni. Proses apa? Mencari idea, bertanya soalan, merangka cerita, menulis draf, edit, hantar ke penerbit. Lagi, dia kata kena lalui dan rasa proses tu supaya faham. Sebab apa? Kalau kau kata faham dengan tengok, sebenarnya kau rasa kau faham. Cuba buat sekali, tengok faham ke tak. Macam orang kata, "Aku pun nak tulis macam kau. Bukan susah sangat pun." Masa tu, kau bagi dia pen dan kertas. Ajak tulis sama-sama. Paling kurang, buat aktiviti 'free writing' tiga minit. Kan the more, the merrier? Macam mana kau boleh tahu semua benda yang terlibat dalam proses ni? Belajar dan cari tahu. Kalau nak guna stail redah sambil cari pengalaman pun boleh juga. Ikut suka kau, asalkan setiap kali kau nilai balik semua benda tu. Tapi berhati-hati, jangan redah macam kura-kura yang nak rasa pengalaman terbang tu. Tahu-tahu dia buka mulut, langsung jatuh ke tanah. Kalau ada rezeki hidup lagi, takpelah. Kalau tidak, aku pun tak tahu nak cakap apa. Masa menilai, tanya soalan ini, "Berbaloi tak?" Kalau rasa kool, teruskan sahaja. Kalau rasa tak kool, pi cari orang yang tahu dan tanya. Kan termasuk dalam proses juga tu? Orang tak akan cakap kau bodoh, kalau kau tanya baik-baik. Tapi, sebelum tanya tu pastikan kau dah selidik pasal benda yang kau nak tanya. Sekurang-kurangnya, kau ada asas. Bukan apa, bertanya dalam keadaan dah tahu sikit, minat senang nak singgah. Paling tidak pun, bolehlah kau cakap, "Barulah boleh connect the dot." Ala, macam iklan tu. Sel-sel otak pun berhubung. Eh, panjang pula aku bebel malam ni? Sel otak berhubung agaknya, haha. #SentapanHati #KiraPayungJugaNi
by Rahmah Mokhtar

from Facebook
via IFTTTfrom Facebook
via IFTTT

No comments:

Page copy protected against web site content infringement by Copyscape