Jul 28, 2015

July 28, 2015 at 09:04PM

Nikmati hari, cipta kejayaan kecil-kecil. Tadi saya ke pasar raya, mencari barang-barang untuk persiapan perkahwinan adinda. Di kedai yang penuh dengan bunga dan riben, saya berseronok melihat bermacam-macam jenis bunga, 'lace', labuci, dan segala macam keperluan membuat hantaran. Memilih itu dan ini, dengan hati yang dihuni bermacam keindahan. Tetapi, di kedai yang sama seorang budak lelaki menikmati harinya dengan cara berbeza. Dia membuka kasut, dan berlari untuk mencapai hujung riben yang digantung pada tempat tinggi. Dalam percubaan pertama, usahanya belum berhasil. Kali kedua, dia kembali semula ke tempat mula tanpa nikmat kejayaan. Kali ini, saya lihat dia betulkan kuda-kuda sebelum memulakan larian ketiga. Sebaik kakinya mencecah lantai, dia mengepal penumbuk dan menghayunnya dengan riang. Berjaya! Begitu juga kita. Berusaha tanpa jemu dan setiap kali, kita perkemaskan persediaan untuk bermula lagi. Sebabnya, kita akan menjadi lebih tahu dengan pengalaman dalam percubaan pertama. Nota: Sudah sedia perkemaskan kuda-kuda untuk cabaran baru hari esok?
by Rahmah Mokhtar

from Facebook
via IFTTTfrom Facebook
via IFTTT

No comments: