Aug 10, 2015

August 10, 2015 at 10:28PM

Tadi saya tulis pasal buntu. Alhamdulillah, ramai rakan komen dan beri cadangan yang baik untuk mencari idea. Alhamdulillah, ada rakan telefon dan beri input positif pasal rezeki idea dan ilham. Katanya, sedekah. (Nota: Cerita pasal ini ada ditulis dalam naskhah Aku, Dia & Rezeki terbitan Legacy Publishing) Alhamdulillah, sekarang saya sudah rasa lebih baik. Sebab ada masanya kita rasa terlalu sendiri. Sebab ada masanya kita rasa tiada orang yang peduli. Sebab ada masanya kita rasa hilang arah dan tak nampak jalan. Sebenarnya, ia peringatan. Sebenarnya, ia tanda kasih Tuhan. Dia mahu kita ucap ayat ini, "Cukuplah Allah sebagai penolong dan sebaik-baik pelindung." Dia mahu kita kata, "Aku mohon ampun, wahai Tuhan." Bukan ucapan yang hanya di bibir, tetapi diiring lintasan hati yang mengharap sebagai hamba. Membernarkan maksud ayat dalam surah al-Fatihah, "Hanya Engkau yang kami sembah dan hanya kepada-Mu kami memohon pertolongan." Moga Allah mudahkan urusan para sahabat yang meringankan kesukaran saya. Allah rahmati kalian yang baik. Nota: Aku sayang korang, kerana Allah. ^_____^
by Rahmah Mokhtar

from Facebook
via IFTTTfrom Facebook
via IFTTT

No comments:

Page copy protected against web site content infringement by Copyscape