Aug 11, 2015

August 11, 2015 at 04:53PM

Hujan lebat. Alhamdulillah. Tadi buat cucur tepung. Siti Safiyyah suka, dia tunggu tepi dapur sampai saya angkat set cucur pertama. Tak berhenti dia kata, "Kuih, nak kuih." Tersenyum saya apabila dia makan dengan gembira. Bahagia. Ia rasa yang Tuhan datangkan dalam hati kita. Bermula dengan rasa cukup. Bermula dengan rasa sayang. Bermula apabila kita memilih untuk tidak menghukum. Sebab kita manusia, yang terkenal dengan kesilapan. Kadang-kadang, dengan kesilapan itu kita akan dapat perkara luar biasa. Kadang-kadang, dengan satu perbuatan yang silap kita dapat pengajaran yang paling berharga dalam kehidupan. Kadang-kadang dengan satu kesilapan, kita kenal siapa kawan yang tak pernah tinggalkan kita. Sebab tidak pernah ada kebetulan dalam hidup. Semuanya berlaku dengan izin Tuhan, menurut kehendak-Nya. Supaya kita tak pernah lupa menunaikan kewajipan 17 rakaat setiap hari. Supaya kita tak pernah berhenti membaca surah al-Fatihah sekurang-kurangnya 17 kali sehari. Sebab kita hamba yang punya Tuhan. Tuhan sama, yang datangkan bahagia dalam hati kita. Moga Tuhan rezekikan kita satu perasaan; rasa cukup dengan semua yang Dia beri. Amin. Aku sayang korang, kerana Allah. Nota: Ada cerita pasal hujan dan rezeki? Mari kongsi. #SenyumSokmo #SebabKitaGeng
by Rahmah Mokhtar

from Facebook
via IFTTTfrom Facebook
via IFTTT

No comments:

Page copy protected against web site content infringement by Copyscape