Aug 11, 2015

August 12, 2015 at 08:21AM

#QuoteCerpen101 "The time is now. Not yesterday and certainly not tomorrow." - Jeff Goins Kita hanya ada hari ini, dan itupun sekarang. Depa dok sebut selalu tu, "The power of now." Dalam filem Jurassic World ada satu dialog, "Lebih baik cuba buat sekarang daripada berjanji mahu melakukannya esok." Saya pernah begini dan ia masih berlaku. Apabila ada banyak perkara mahu dibuat, mulalah berlaku situasi bertangguh. Kononnya ada terlalu banyak perkara mahu difikirkan. Bajet diva paling bizi dalam dunia. Kalau diteropong, sebenarnya kerja tu banyak sebab kita asyik fikir. Pusing ikut manapun, cara penyelesaiannya ringkas. Buat senarai dan selesaikan satu per satu. Masa tu baru kita cakap, "La, banyak ni je?" Cukup 24 jam ni. Kalaupun memang banyak, kita boleh ekjas. Susun baik-baik, buat ikut keutamaan. Eh, rasanya nak kongsi quote saja. Melalut dah. Kesan 4.0 agaknya. Kbai. Nota: Sambung tulis lagi. Siri #WanitadanRezeki. Sikit je lagi.
by Rahmah Mokhtar

from Facebook
via IFTTTfrom Facebook
via IFTTT

No comments:

Page copy protected against web site content infringement by Copyscape