Aug 20, 2015

August 20, 2015 at 09:23PM

Goals 2015/16 Apabila abang dan adik pilih rancangan ni, aku akan tengok tanpa perasaan. Sebabnya, aku tak faham nak sokong siapa. Tapi, masa adik dan abang berbual pasal gol lawa, cross cantik, passing cun, aku tengok baik-baik sambil angguk. Tau kenapa aku angguk? Selain nak buat gaya orang bijak (haha), aku sebenarnya masukkan pendapat-pendapat tu dalam kepala. Kan kalau sertakan tindakan, ilmu lagi senang masuk? (Bijak tak aku? Kakaka) Lain-lain, aku sibuk tengok warna jersi yang macam-macam kombinasi. Bukan apa, boleh juga cari idea untuk kombinasi warna kerongsang. Hehe. Kadang-kadang, adik bagi aku perkara untuk difikirkan. Contohnya, "Tu David Villa. Kacak kan dia?" (tak ingat sangat, rasanya dia sebut nama ni. Sorilah kalau sebenarnya dia tak kacak pun. Haha) Aku cakap, "Entah. Tak nampak sangat." Masa mood dia baik, adik aku siap Google lepas tu tunjuk imej player kat aku. Aku tengok, lepas tu angguk banyak kali supaya adik aku tak kecil hati. Nota: Korang dah makan malam? Aku belum. Takde selera nak makan. Tengah sakit gigi sangat.
by Rahmah Mokhtar

from Facebook
via IFTTTfrom Facebook
via IFTTT

No comments: