Aug 19, 2015

August 20, 2015 at 10:49AM

Semalam ayah kata ada surat dari UKM sampai rumah. Buka sahaja, nampak tajuknya. IJAZAH SARJANA SAINS (KEJURUTERAAN KIMIA & PROSES) Alhamdulillah. Jemputan ke majlis konvokesyen. Terima kasih semua, ahli keluarga dan kawan-kawan yang tak putus bagi sokongan dan dorongan. Para penyelia yang tak putus asa dengan saya. Ayah, abang, kakak dan adik yang hantarkan saya ke Komuter dan UKM setiap hari. Bagi tumpang rumah. Kawan yang sudi tumpangkan bilik, bagi pinjam alat-alat analisis, sudi kongsi ilmu. Waktu saya fikir mahu berhenti kerana mahu berputus asa dengan diri sendiri. Sokong saya waktu saya asyik beritahu diri mahu berhenti belajar kerana hilang harapan hidup. Terima kasih sebab membebel panjang dan ketuk kepala saya dengan kesedaran. Alhamdulillah. Terima kasih sebab tak putus asa dengan saya. Sayang korang semua, sangat-sangat!
by Rahmah Mokhtar

from Facebook
via IFTTTfrom Facebook
via IFTTT

No comments:

Page copy protected against web site content infringement by Copyscape