Aug 19, 2015

August 20, 2015 at 11:26AM

"Bila nak kahwin?" Ini soalan kegemaran ramai, yang memang tak berhenti datang lepas aku tamat degree. Masa majlis adik tiga tahun lepas, lagi lebat soalan ni datang. Masa tu, aku rasa nak menyorok dalam bilik, buat macam diri sendiri tak wujud. Tapi, macam biasa tak boleh nak menyorok. Mana boleh terlepas keseronokan kenduri kahwin! Adik sendiri pulak tu. Minggu lepas, adik bongsu aku kahwin. Fuh, hepi tak ingat! Masa ni la nak fefeeling mak-mak, nak lepaskan anak paling kecil. Emo habis! Sentimental. Tetiba teringat masa adik jatuh longkang dulu, terkenang masa dia baru belajar duduk asrama, macam-macamlah. Tapi macam biasa, kakak-adik-ipar (yang perempuan) semua tanya aku soalan ni. "MakMah okey ke?" Aku sengih je la. Jawab okey. Kalau tengah emosi lebih, ada la sesi mata berair tapi kejap je. Sebab ada banyak benda lain nak fikir. Bukan apa, nak readykan diri dengan soalan feveret orang ramai tu. Ya, yang "Bila nak kahwin?" tu. Alhamdulillah, aku buka hati luas-luas. Macam ustaz dan kawan-kawan wangi selalu share, "Buka hati dan bersyukur." Fikir-fikir balik, itu memang rezeki aku. Dapat peluang tolong uruskan majlis adik (walaupun asyik bergaduh-merajuk-dingin) sepanjang sesi persiapan tu. Sebab aku selalu tak faham apa adik aku nak. Haha, kesian adik aku. Eh, melalut dah. Berbalik kepada soalan feveret tu. Alhamdulillah, tahun ni ramai yang tanya (rasanya hampir semua yang aku jumpa dalam majlis tanya soalan tu), tapi mereka tanya dengan iringan doa. "Lepas ni turn MakMah pula. Amin!" "MakMah bila? Lepas ni, ya? Amin!" "MakMah, lepas ni wedding of the year. Amin!" Aku senyum lebar-lebar, sengih bagi nampak semua gigi. Kalau ada yang tanya tanpa doa, aku jawab, "Insya-Allah, doakan saya." Bila lagi nak dapatkan doa tulus macam ni kecuali masa majlis kahwin? Sekarang, aku kena bersedia dengan soalan-soalan 'bila' lain pula. 1. Bila buku baru nak keluar? - Doakan ilham aku meluncur laju. Ada beberapa projek untuk terbitan awal 2016 ni, insya-Allah. 2. Bila nak sambung PhD? - Lalalala, nanti aku fikir. 3. Bila.... apa lagi tah. Nota: Dah habis Msc, boleh kahwin dah. Haha
by Rahmah Mokhtar

from Facebook
via IFTTTfrom Facebook
via IFTTT

No comments: