Aug 20, 2015

August 21, 2015 at 09:37AM

Hello. My name is idea! Nice to meet you! Pagi ini aku ikut adik, masuk opis. Sebelum tidur semalam, pasang niat esok nak siapkan sesuatu berkaitan manuskrip #JodohBerdua. Tak dapat satu cerpen, satu halaman pun dah cukup. Kalau tak satu halaman, satu perenggan. Sekuarang-kurangnya, ada sesuatu untuk dimulakan. Kisahnya, dalam perjalanan tadi satu idea spark dalam kepala. Terus sengih lebar-lebar. Tangan selongkar beg, keluarkan buku. Tapi sebab pen ada dalam beg lain, aku capai telefon bimbit dan buka aplikasi menulis. Taip laju-laju, abaikan typo. Alhamdulillah. Rezeki pagi Jumaat. Nota: Dah sarapan? Aku makan Coco Crunch pagi tadi. Dengan susu penuh krim. Sedap.
by Rahmah Mokhtar

from Facebook
via IFTTTfrom Facebook
via IFTTT

No comments:

Page copy protected against web site content infringement by Copyscape