Aug 21, 2015

August 21, 2015 at 09:37PM

#JodohBerdua Ramai yang bertanya, jadi saya panjangkan jawapan di sini. Insya-Allah, cadangannya begini. Saya berhasrat mengumpulkan kisah-kisah realiti yang akan diolah semula sebagai cerpen mengikut kesesuaian. Insya-Allah, cerita yang dikumpulkan akan disaring oleh saya sendiri dan cerita terpilih akan dimaklumkan. Sebabnya, ramai yang apabila jumpa saya berkata begini, "Boleh kau tulis kisah aku?" Maka, saya buka peluang itu hari ini. Oh, tak perlu bimbang. Nama sebenar akan dirahsiakan. Kisah jodoh, tidak mesti cerita yang berakhir di jinjang pelamin. Kalaupun ia berakhir di majlis perkahwinan, yang pasangannya bukan awak dan dia, ia masih cerita yang akan dipertimbangkan. Jika mahu kisah itu dituliskan, silakan mesej saya. Tulis di ruang komen pun boleh. Saya alu-alukan semuanya.
by Rahmah Mokhtar

from Facebook
via IFTTTfrom Facebook
via IFTTT

No comments:

Page copy protected against web site content infringement by Copyscape