Aug 21, 2015

August 21, 2015 at 10:06PM

"Saya kagum...." Petang tadi aku ke klinik gigi. Rezeki menggunakan khidmat gigi geraham atas sampai hari ini sahaja nampaknya. Sayonara, wahai gigi yang berjasa! Tetapi, aku tak mahu cakap pasal gigi. Ceritanya begini.... Tadi, buat kali pertama aku isi ruang pekerjaan dalam kad pendaftaran pesakit dengan perkataan 'Author'. Iyalah, dah tak boleh tulis Student. Oh, kalau ada yang bertanya kenapa aku tulis Bahasa Inggeris, sebab ruang pada kad tertulis 'occupation'. Sebaik berbaring di kerusi pemeriksaan gigi, doktor yang baik dan peramah bertanya, "Penulis, novel?" Aku terkejut sebetulnya. Lalu jawab jugalah, "Saya banyak tulis cerpen. Antologi cerpen." Doktor tersenyum. Aku ikut senyum, sambil kawal rasa gelabah dalam hati sebab doktor sedang turunkan paras kerusi. Waaa, me is panic! Lepas suntik bius dan aku tahan perasaan supaya kekal macho dan tenang di kerusi pesakit, puan doktor cakap sesuatu yang buat saya terus senang hati, "Saya kagum dengan penulis. Tak tahu bagaimana mereka boleh bayangkan plot yang mahu ditulis." Fuh! (Eh, sakit tetap sakit tau. Tak hilang pun). Lepas tu ada macam-macam dialog lain yang disebut, termasuk dia tanyakan bidang pengajian aku di universiti. Bila aku sebut Kejuruteraan Kimia, makin panjang cerita kami. Sempat, aku beri dia kad bisnes StorYah sebaik selesai operasi membuang si geraham berjasa. Walaupun sedang tahan rasa sakit dan macam mahu menangis, aku tetap mahu promosikan bisnes sendiri. Haha. Masuk kereta, aku beritahu kakak dan abang ipar. Soalan pertama abang, "Macam mana lepas cabut gigi boleh cerita macam-macam?" Ha, itu memang satu perkara berat untuk aku fikirkan malam ni. Tahu kenapa? Sebab tengah berdenyut tahap tinggi, sampai aku rasa nak ambil ubat tahan sakit ikut suka. Haha. Nota : Korang dah makan malam? Aku tak makan lagi. Rindu gigi berjasa. Uhuk.
by Rahmah Mokhtar

from Facebook
via IFTTTfrom Facebook
via IFTTT

No comments:

Page copy protected against web site content infringement by Copyscape