Aug 22, 2015

August 22, 2015 at 11:48PM

Seri, 0-0 Hari ini aku dapat tengok bola. Sebabnya, ada kawan abang datang. Jadi, kami ikut abang keluar, pergi makan di kedai mamak. Manchester United vs Newcastle. Sempatlah aku tengok separuh masa kedua, dengan kepala terdongak sebab kerusi kosong yang ada memang betul-betul depan skrin TV Plasma entah berapa inci dalam kedai tu. Kira macam kalau beli tiket lambat untuk tengok Transformers kat wayang, kau confirm dapat seat depan. Aku perhati jugalah suasana keliling. Setiap kali ada percubaan menjaringkan gol, mesti akan ada suara-suara, "Wooooo....," dan bila tak dapat score, automatik keluar perkataan, 'aisey, ala, aduh,' dan macam-macam lagi bunyi tanda kecewa. Terus aku terfikir, kalau tengok game Pahang vs Felda mesti aku akan terlibat mengeluarkan bunyi-bunyi tu (sempat join masa player Newcastle tak dapat score tadi, hehe). Perlawanan berakhir dengan keputusan seri, 0-0. Terhibur juga aku tadi, walaupun aku tak senyum sangat gara-gara bengkak lepas cabut gigi belum surut. Kira hari ni hari emo aku la, gitu. Bercakap pun pakai senyum, geleng, angguk. Kalau ada orang rajin, mesti dia boleh kira berapa jumlah perkataan yang keluar dari mulut aku. Abang ipar aku cakap, ni waktu paling baik untuk dia 'membahan' aku. Hadoi! Redho je la, sambil usaha senyum sikit2 walaupun aku pasti muka aku toya je lebih hari ni. Apapun, aku order roti dengan sup kambing tadi. Tapi, aku tak boleh nak makan kambing yang agak liat tu, jadi aku bedal roti supaya malam ni boleh tidur dengan perut yang lebih kenyang. Tengah kawan abang aku pergi basuh tangan tadi, abang sempat lambai aku pastu bagi isyarat, beritahu tu calon dia untuk aku. Hadoi, nasib baik aku tak boleh bercakap sangat. Kalau tak dah kena berkenalan tadi. Haha. Nota : Korang supper apa malam ni? Mesti sedap, kan? Btw, esok hari Ahad dan kakak aku pergi pasar pagi Ahad.
by Rahmah Mokhtar

from Facebook
via IFTTTfrom Facebook
via IFTTT

No comments: