Aug 22, 2015

August 23, 2015 at 10:46AM

Mesej spam. Pernah buka inbox other di FB? Kalau buka, mesti jumpa macam-macam mesej. Yang paling banyak, mesej yang bunyinya mahu berkenalan. Yang berterus-terang, dah memang banyak. Yang secara berlapik pun boleh tahan berderet. Belum campur lagi yang kata nak bagi kita duit banyak atau yang kata dia sudah kematian ayah yang ramai dapat tu. Haha. Hai apa khabar? Awak kerja mana? Aku pernah dapat mesej macam ni. Aku baca dengan perasaan keliru. Kalau dia tahu pekerjaan aku, kenapa? Kenapa tu soalan awal yang dia tanya? Lepas tu ketuk kepala sendiri, kenapa kau nak fikir pasal soalan dia? Mesej tu dihantar dua tahun lepas pun. Baru-baru ini, aku buka mesej other itu dan nampak ayat yang bunyinya lembut. "Hello pretty lady, how are you?" Kalau aku balas, entah apa-apa ayat lagi yang datang agaknya. Senyum sajalah, lepas tu flip hair. Kbai. Nota: Ni pretty lady nak tanya, "Dah semak inbox other korang?"
by Rahmah Mokhtar

from Facebook
via IFTTTfrom Facebook
via IFTTT

No comments:

Page copy protected against web site content infringement by Copyscape