Aug 22, 2015

August 23, 2015 at 12:40PM

#JodohBerdua Alhamdulillah, boleh tahan juga mesej yang masuk, dengan bermacam-macam cerita pasal kisah jodoh masing-masing. Terima kasih saya ucapkan, atas kesudian berkongsi. Buat yang terlepas berita, saya khabarkan sekali lagi di sini. Ada apa dengan Projek Kumpulan Cerpen Jodoh Berdua ini? - Baik, ia kumpulan cerpen. Bermakna, penulisnya adalah saya seorang. - Untuk projek ini, saya bercadang merealisasikan hasrat para rakan dan kenalan yang suka bertanyakan soalan ini apabila bertemu saya, "Boleh kau tulis kisah aku?" - Tidak mesti kisah jodoh ini cerita yang berakhir di jenjang perkahwinan. Kalaupun ia berakhir di majlis perkahwinan yang pasangannya adalah orang lain (mudahnya, macam lagu Pelamin Anganku Musnah), ia masih cerita yang akan dipertimbangkan. - Insya-Allah, proses mengumpul cerita akan berlangsung sehingga 5 September 2015 dan selepas itu penilaian akan dibuat. - Hanya 21 cerita akan dipilih untuk dicerpenkan. - Nama tuan / cikpuan akan dirahsiakan. Dalam karya, ia akan muncul sebagai kisah orang lain dengan saya bertindak sebagai narrator. Insya-Allah. Penting : Saya mohon memaklumkan bahawa buat masa ini saya belum ada apa-apa saguhati buat rakan yang kongsikan kisah mereka. Hadiah saya hanyalah, cerita terpilih akan dicerpenkan untuk panduan para pembaca buku ini kelak. Kalaupun ada hadiah yang akan disediakan kelak, saya tidak mahu berjanji apa-apa buat masa sekarang. Terima kasih. Moga kita berjodoh dalam karya. Nota: Ada cerita? Meh PM saya laju-laju. Saya akan semak, walaupun ia masuk inbox Other.
by Rahmah Mokhtar

from Facebook
via IFTTTfrom Facebook
via IFTTT

No comments:

Page copy protected against web site content infringement by Copyscape