Aug 23, 2015

August 24, 2015 at 01:32PM

#JodohBerdua Allahu akbar. Makin banyak cerita menarik masuk inbox. Saya sedang teruja! * * * Buat yang terlepas berita, saya khabarkan sekali lagi di sini. Ada apa dengan Projek Kumpulan Cerpen Jodoh Berdua ini? - Baik, ia kumpulan cerpen. Bermakna, penulisnya adalah saya seorang. - Untuk projek ini, saya bercadang merealisasikan hasrat para rakan dan kenalan yang suka bertanyakan soalan ini apabila bertemu saya, "Boleh kau tulis kisah aku?" - Tidak mesti kisah jodoh ini cerita yang berakhir di jenjang perkahwinan. Kalaupun ia berakhir di majlis perkahwinan yang pasangannya adalah orang lain (mudahnya, macam lagu Pelamin Anganku Musnah), ia masih cerita yang akan dipertimbangkan. - Insya-Allah, proses mengumpul cerita akan berlangsung sehingga 5 September 2015 dan selepas itu penilaian akan dibuat. - Hanya 21 cerita akan dipilih untuk dicerpenkan. - Nama tuan / cikpuan akan dirahsiakan. Dalam karya, ia akan muncul sebagai kisah orang lain dengan saya bertindak sebagai narrator. Insya-Allah. Nota : Sedang hujan. Saya doakan semoga urusan keluarga, rakan dan kenalan yang membaca status ini dimudahkan Allah. Amin.
by Rahmah Mokhtar

from Facebook
via IFTTTfrom Facebook
via IFTTT

No comments: