Aug 24, 2015

August 24, 2015 at 09:51PM

Nombor telefon Pulang dari sekolah, adik, kakak dan abang berbual-bual. Macam biasa, masing-masing ada banyak cerita untuk dikisahkan. Adik memulakan dengan topik yang aku rasa menarik, "Adik dah tahu nombor telefon Tuhan." Aku tersenyum-senyum, tahu ia akan menghala ke mana. Abang dan kakak serentak balas, "Tuhan mana ada telefon!" Tergelak-gelak, adik bermain dengan jari sendiri dan berkata dengan nada yang boleh tahan ke'Candice'annya, "Ya, adik dah tahu nombor telefon Tuhan." Tidak berpuas hati abang mengulang lagi, "Tuhan mana ada nombor telefon." Bermain-main, adik pun cakap sambil ketawa, "Azan." Laju abang membangkang, "Itu huruf, bukan nombor!" Ketawa lagi, adik mengumumkan dengan gaya guru yang sedang mengajar cara menyebut nombor kepada abang dan kakaknya, "2, 4, 4, 3, 4. Rakaat solat! Subuh dua, Zohor empat, Asar empat, Maghrib tiga, Isya' empat." Abang dan kakak berlega hati dan mereka sama-sama ketawa. "Dah tahu la yang tu!" Aku terfikir-fikir. Nombor telefon Tuhan. Tuhan sediakan masa untuk kita rapat dengan Dia, melalui talian ekslusif yang kita panggil solat. Kreditnya, wuduk yang diambil dengan cara yang betul, supaya solat kita mudah mencapai khusyuk. Tetapi, berapa kali saja aku gunakan talian ini dengan betul? Nota: Cuba korang teka, aku tulis status ni masa dah kenyang ke tengah lapar tahap gaban?
by Rahmah Mokhtar

from Facebook
via IFTTTfrom Facebook
via IFTTT

No comments: