Aug 23, 2015

August 24, 2015 at 10:14AM

#JodohBerdua Alhamdulillah, proses mengumpul cerita masih berlangsung. sedikit perkembangan, insya-Allah SATU hadiah utama akan ditaja oleh pihak Sofwa Apparel, khusus untuk cerita terpilih. Syarat pemenang, tertakluk kepada penilai iaitu saya sendiri. Hehe. *** Buat yang terlepas berita, saya khabarkan sekali lagi di sini. Ada apa dengan Projek Kumpulan Cerpen Jodoh Berdua ini? - Baik, ia kumpulan cerpen. Bermakna, penulisnya adalah saya seorang. - Untuk projek ini, saya bercadang merealisasikan hasrat para rakan dan kenalan yang suka bertanyakan soalan ini apabila bertemu saya, "Boleh kau tulis kisah aku?" - Tidak mesti kisah jodoh ini cerita yang berakhir di jenjang perkahwinan. Kalaupun ia berakhir di majlis perkahwinan yang pasangannya adalah orang lain (mudahnya, macam lagu Pelamin Anganku Musnah), ia masih cerita yang akan dipertimbangkan. - Insya-Allah, proses mengumpul cerita akan berlangsung sehingga 5 September 2015 dan selepas itu penilaian akan dibuat. - Hanya 21 cerita akan dipilih untuk dicerpenkan. - Nama tuan / cikpuan akan dirahsiakan. Dalam karya, ia akan muncul sebagai kisah orang lain dengan saya bertindak sebagai narrator. Insya-Allah. Nota : Saya rasa pening banyak hari ni, tapi pagi ni dah selesaikan beberapa urusan StorYah. Korang, okey? #AdaApaDenganIsnin
by Rahmah Mokhtar

from Facebook
via IFTTTfrom Facebook
via IFTTT

No comments:

Page copy protected against web site content infringement by Copyscape