Aug 24, 2015

August 25, 2015 at 02:31PM

Salah siapa? Tadi aku nak berehat. Buka tv dengan riang sebab berjaya buat rekod dari pagi semalam tak tengok tv. (Untuk pengetahuan kau, tengok tv salah satu hobi aku). Maka, berlakulah sesi tukar saluran dengan dialog yang Harith Iskandar kutuk dalam sesi lawak dia, "Alih semua channel, tapi lepas tu akan cakap, "Tak ada cerita nak tengok," walaupun dah guna servis Astro yang paling banyak siaran." Elok aku ucap dialog tu, skrin tv tayang siaran filem yang selama ni aku elak nak tengok. The Fault in Our Stars. Pelakon yang cantik dan kacak, serta pandai berlakon menjadi tatapan mata. Langsung, mata aku melekat pada skrin. Cerita pasal dua pesakit kanser, memang sah akan ditonton dengan mata yang tak berhenti basah. Aku tengok dengan gagah sampai akhir, sambil tak berhenti aksi seka hujung mata dan lap pipi dengan hujung baju. Dialog yang keluar pun dah berubah, "Sedihnya, tak tahan.... Kenapa tengok cerita ni?" Semua salah aku. Pandai-pandai pilih cerita sedih. Tak pasal-pasal air mata berharga ni menitis ke pipi. Ahaks. Tapi, aku belajar sesuatu. Banyak dialog sureal yang buat aku lebih rasa mahu menangis. Deep, kau tau tak? Deep! Hidup, ia akan lebih bermakna apabila kita memanfaatkan orang lain. Cerita pasal harapan, ia menghidupkan hati. Life Inspired. #tetiba Quote yang aku ingat (Kalau tersalah sikit-sikit, minta maaf. Tengah emo lagi ni). "Kita tak boleh pilih kecewa yang datang dalam hidup kita. Tapi, kita boleh pilih dengan siapa yang kita mahu kecewa." "Ada banyak infiniti antara sifar dan satu. Aku gembira dengan infiniti kecil yang kita miliki." "Bergembiralah." * * * #CeritaMakMah Nota : Korang dah periksa gigi? Ada lubang tak? Kalau ada, tampal cepat-cepat.
by Rahmah Mokhtar

from Facebook
via IFTTTfrom Facebook
via IFTTT

No comments:

Page copy protected against web site content infringement by Copyscape