Aug 24, 2015

August 25, 2015 at 08:21AM

Sebab MakMah baik. Adik sekolah petang. Jadi, pagi-pagi dia main seorang di ruang tamu (sepahkan mainan sebanyak mungkin) dan kalau ada kerja sekolah, buku sekolahnya akan penuh di atas karpet depan tivi. Situasi begini, para ibu akan kata, "Normal. Kalau anak saya...." Apapun, sekarang bila nampak aku dia akan panggil MakMah dengan gaya dan nada Siti Safiyyah (budak yang belumpun cecah 2 tahun). Boleh bayangkan tak bunyi yang sampai di telinga? Lebih kurang, "Mamah, Mah." Ha, gitu. Sebab aku terlebih ceria pagi ni, (Well, semalam ada orang gelar i DIVA. DIVA CERPEN. Eh, tetiba i. Haha) aku pun tegur adik dengan riang. "Hai adik. Dah sarapan?" Adik jawab spontan, "Belum. Adik tunggu MakMah." Berkerut dahi aku. Sebenarnya dah lama dia tak tunggu aku lebih-lebih lagi untuk hal penting macam makan. Bagi meraikan kesungguhannya, aku panjangkan perbualan dengan gaya mak cik paling penyayang dalam dunia, "Kenapa tunggu MakMah?" Dia dongak, letak mainan, senyum dan kata, "Sebab MakMah baik." Kau nampak? Nampak tak betapa penyayangnya seorang MakMah? Mujur dia tak cakap ayat biasa dia tu, "Sebab MakMah cantik." (Aku ajar dia dari tadika ni. Jenuh juga nak transplan ayat ni dalam fikiran dia. Haha) Lepas tu, kami makan Coco Crunch sama-sama. Alhamdulilah. *** Semalam baca post di wall, tulisan sahabat. Katanya, raikan pemberian anak-anak walaupun ia hanya batu jalan yang dia kutip. Jadi, aku raikan pujian anak saudara aku pagi ni dengan makan bersama-sama. Bagi mood dia kool sampai masa nak pergi sekolah nanti. *** Nota: Malam tadi aku tidur lena. Buka mata dah pukul 5.15 pagi. Korang, lena tak?
by Rahmah Mokhtar

from Facebook
via IFTTTfrom Facebook
via IFTTT

No comments: