Aug 24, 2015

August 25, 2015 at 11:41AM

Pengalaman baru. Hari ini aku kutip pengalaman baru. Tunggu anak balik sekolah. Kakak minta tolong bayarkan perkhidmatan ambil anaknya balik dari sekolah agama. Aku tunaikan permintaannya dengan rasa tanggungjawab seorang adik penyayang (poyo, kan? Bukan apa, nama aku Rahmah. Mesti tak lari daripada sifat pengasih dan penyayang tu.) Okey. Dah turun bawah (rumah bertingkat-tingkat, ginilah), aku pun tunggu. Mundar-mandir gaya ibu perisau yang tunggu anaknya muncul depan mata. Bosan pusing-pusing di situ, aku tengok-tengok jalan depan tangga. Nampak jugalah seorang dua manusia yang lalu, menyelesaikan urusan masing-masing. Lepas tu, aku buat sesuatu yang paling logik untuk dibuat semasa menunggu. Ya, keluarkan telefon. Sebab wifi rumah abang boleh sampai sampai tingkat bawah, aku pun download satu pdf dan mula membaca. Ilmiah kan, aktiviti aku? (Aku tau, korang tengah angguk.) Selepas anak-anak sampai, aku pun tak berlengah mendekati kakak pemandu yang baik dan memiliki wajah penuh cinta. Dia bertanya, "Adik mak budak-budak ni, ya?" Aku angguk dan iyakan. Masing-masing kekok. Tak kenal, kan? Haha Selesai berurusan, aku kembali ke tangga dan memulakan perjuangan baru. Ya, perjuangan naik tangga untuk ke rumah. Si kakak menunggu aku untuk naik bersama (gegirls, kan? haruslah tunggu.) Sambil naik tangga, aku pun tanya hal sekolah dia. Bertanya khabar, supaya dia tahu ada yang peduli urusannya (Masih mengikuti tip menggembirakan hati anak yang saya baca di wall rakan semalam.) Alhamdulillah. * * * Tujuh cara untuk kaya dan memenangi cinta Tuhan. Itu e-buku yang aku baca masa menunggu tadi. Tip pertama, minta ampun selalu kepada Tuhan. Nabi Muhammad beristighfar 70 ke 100 kali setiap hari. Itu juga yang diajarkan Nabi Nuh kepada kaumnya. "And (Nuh) said, "Ask forgiveness of your Lord, He is ever a Perpetual Forgiver." (71:10) * * * #CeritaMakMah Nota: Aku tengah dengar lagu Hafiz Hamidun. Korang, dengar lagu apa?
by Rahmah Mokhtar

from Facebook
via IFTTTfrom Facebook
via IFTTT

No comments:

Page copy protected against web site content infringement by Copyscape