Aug 26, 2015

August 26, 2015 at 05:54PM

Tulis sampai siap. Hari ini aku letakkan sasaran untuk siapkan cerpen projek #WanitadanRezeki. Ya, aku sudah terlajak dateline sendiri. Walau macam manapun, aku kejar semula supaya ia tak terlajak melampau-lampau. Sebabnya, projek ini ada kerjasama dua rakan lain. Alhamdulillah, masing-masing faham. Yang dah siap tulis, bagi galakan supaya yang belum siap dapat siapkan cerpen memasing. Memang tertekan, tetapi rasanya aku akan lebih sengsara kalau tak siapkan tulis. Alhamdulillah, tengah hari tadi aku dah siap tulis cerpen 07. Letak tajuk siap-siap, Erti Hidup Pada Memberi. One more to go. Kau kena tulis sampai siap. KPI 2015 beb! Nota : Aku serius hari ni. Perasan tak? Tak ada satu haha pun dalam cerita kat atas.
by Rahmah Mokhtar

from Facebook
via IFTTTfrom Facebook
via IFTTT

No comments: