Sambung cerita selfie lagi. Topik aib pula. Dalam slot 2 jam Forum Perdana Ehwal Islam tempoh hari, Ustaz Kazim Elias ada menyatakan, aib itu ada dua jenis. 1. Aib yang perlu disorokkan. Ini adalah aib dalam kategori yang apabila diketahui orang lain akan memalukan dan menjatuhkan maruah pelakunya. Hal zina itu, salah satu daripadanya. Rahsiakan, supaya Allah melindungi aib kita di mahsyar nanti (saya sudah lupa hadisnya). Kita tidak tahu kalau-kalau pelaku itu sudah bertaubat. Usah nilai hati orang lain. Nilai hati kita, kerana ia urusan ikhlas kita dengan Allah. Kalau ia berlaku dan perlu ditegur, selesaikan tanggungjawab kita pada ketika ia sedang berlaku. 2. Aib yang perlu dibuka. Ini adalah aib yang perlu disebarkan sebab apabila disorok ia mengundang padah kepada umum. Ia melibatkan hal keselamatan dan ketenteraman awam yang tindakan mereka perlu dihentikan (pengedar dadah, pembunuh). Yang baik itu daripada Allah. Mana-mana yang cela dan buruk itu, kesilapan saya sendiri. Jom selfie. Mari nilai diri kita. #muhasabahdiri
by Rahmah Mokhtar
from Facebook
via IFTTTfrom Facebook
via IFTTT
by Rahmah Mokhtar
from Facebook
via IFTTTfrom Facebook
via IFTTT
No comments:
Post a Comment