Sekolah sebelah pagar rumah #4 Lencana Lencana sekarang perlu dijahit. Tak macam dulu, boleh tampal dengan seterika saja. Perlambangan sekolah yang selalu dibanggakan, sebab ia tak sama dengan orang dari sekolah lain. Sebab isu beza sekolah juga, terjadilah pergaduhan tidak matang, masing-masing mahu kata sekolah mereka lebih baik. Berbalik kepada soal lecana. Dulu, paling takut kalau beli baju baru tengah-tengah penggal. Sebabnya, nanti takde lencana. Nanti guru disiplin yang tiada ampun denda (bukannya sebab dia suka mendenda, tapi sebab asyik terkelu apabila disoal). Tapi, ada sesuatu hal yang boleh disorakkan pasal lencana, sebab ia hanya tinggal digosok. Sebab belum ada apa-apa kemahiran melibatkan kain kecuali menggosok pakaian sendiri, aku pernah bersungguh-sungguh mengukur dengan tangan (guna stail jengkal, haha) kedudukan lencana di pakaian lama supaya nanti lencana pada baju baru terletak elok. Tetapi, disebabkan faktor umur dan aku belum cukup bijak, lencana itu senget. Langsung menyesal sebab pandai-pandai mahu buat sendiri. Lepas tu, memang ke sekolah dengan lencana senget. Nasib baik tiada yang sibuk-sibuk mahu mencari kesalahan. Kahkah. Tapi, aku belajar sesuatu pasal lencana dan garis lurus. Nak mengukur, guna pembaris atau tali. #ceritasekolah.
by Rahmah Mokhtar
from Facebook
via IFTTTfrom Facebook
via IFTTT
by Rahmah Mokhtar
from Facebook
via IFTTTfrom Facebook
via IFTTT
No comments:
Post a Comment