Saya seorang yang bermasalah apabila cuaca panas dan terik. Kepala asyik pening, sakit tekak dan suhu badan pun naik turun. Huh, memang kacau emosi! Tetapi, ada kerja yang belum selesai. Pukul 9.46 pagi tadi, mesej editor. Belum ada idea cerita yang mahu ditulis. Asyik pusing-pusing sahaja fikir mahu tulis apa. Tapi, gagahkan diri buka skrin putih Microsoft Word. Taip perkataan dan ayat pertama, Karim merusuh. Masuk ayat kedua, saya arahkan cursor ke perkataan pertama. Tukar watak. Liza merusuh. Kemudian, jari terus laju menekan papan kekunci. 11.30 pagi, noktah akhir diketik. Alhamdulillah. Nikmat Tuhan yang mana lagi harus aku dustakan? Nota : Mahu siapkan modul training online. Ada yang mahu belajar teknik menulis cerpen?
by Rahmah Mokhtar
from Facebook
via IFTTTfrom Facebook
via IFTTT
by Rahmah Mokhtar
from Facebook
via IFTTTfrom Facebook
via IFTTT
No comments:
Post a Comment