Mar 12, 2015

March 13, 2015 at 09:34AM

Alhamdulillah. Bulan 11 tahun lalu saya menghantar penyertaan untuk Pertandingan Penulisan Cerpen 'Menjejak Cinta' anjuran Yayasan Dakwah Islam Malaysia. Judul cerpen saya, 'Hadiah'. Idea spontan yang diilhamkan Allah sewaktu menonton rancangan dakwah di TVAH sehari sebelum tarikh tutup. Sejak semalam ada panggilan dari nombor tidak dikenali. Selepas mereka tinggalkan pesanan suara, saya menghubungi semula (perangai tak jawab call nombor tak kenal). Alhamdulillah! Karya saya antara yang terbaik! Menunggu emel pengesahan.

by Rahmah Mokhtar



from Facebook

via IFTTTfrom Facebook

via IFTTT

No comments:

Page copy protected against web site content infringement by Copyscape