Mar 15, 2015

March 16, 2015 at 12:43PM

Cerpen101 Salah satu kemahiran penting dalam menulis cerpen adalah memasukkan tema ke dalam cerita yang ditulis. Contoh: Saya mahu menulis cerita dengan tema keluarga. Bagaimana memasukkan tema ini ke dalam cerita? Ada 5 langkah. 1. Sediakan watak yang boleh memenuhi tema yang dipilih seperti ayah dan anak. 2. Tambah plot (sebab dan akibat) yang berkaitan dengan tema. Apa yang berlaku kepada watak ayah dan anak sehingga ia penting untuk diceritakan? Apa yang menyebabkan si anak mahu melakukan sesuatu untuk ayahnya? 3. Masa & Lokasi Bila kisah ini berlaku dan di mana? Sediakan satu lokasi dan sela masa yang pendek. 4. Pilih klimaks Tanya soalan ini, mengapa watak akhirnya memilih untuk tidak mahu menunggu lagi? Cari sebab yang menyebabkan watak berkata, "Cukup sampai di sini, semua ini harus berhenti." 5. Tulis. Sudah sediakan empat perkara di atas? Tulis cerita anda sekarang. Mahu latihan? Saya beri di post akan datang, jika cukup 20 orang komen Mahu Latihan.

by Rahmah Mokhtar



from Facebook

via IFTTTfrom Facebook

via IFTTT

No comments:

Page copy protected against web site content infringement by Copyscape