Jun 29, 2009

#29


EPISOD 29

Membeli barangan hantaran! Seronok kan kalau dilakukan bersama tunangan tersayang? Memilih barang, bergaduh semasa memilih warna, kemudian sama-sama tersenyum setelah kata sepakat dicapai! Tapi, rasanya aku tidak dapat merasai peluang dan keindahan itu. Tunang aku adalah pilihan ayah. Sekarang Abang Akram sibuk dengan urusan dan tugasan KaTeCom yang semakin bertimbun dari hari ke hari. Mana mungkin aku berpeluang bertemu dan berbincang dengannya. Apatah lagi untuk berbicara empat mata, dan mengenali sesama sendiri dengan lebih baik sebelum melangkah ke alam rumahtangga nanti.

Sebaliknya, aku mengikut Abang Shah dan Kak Aina untuk membeli barangan yang diperlukan. Tanpa perasaan kasih dan sayang yang sepatutnya telah tersemai dan tumbuh indah di dalam taman hati ini. Akibatnya, aku lebih banyak mengangguk sahaja tanda bersetuju dengan pilihan mereka berdua. Memang cantik semuanya, berjenama pula. Tetapi sayang, fikiran aku tidak sepenuhnya di situ. Jika tidak, tentu aku akan sangat gembira dengan semua ini. Hanya bersandarkan kepercayaan aku atas Kak Aina dan Abang Shah, kerana mereka lebih mengenali Abang Akram. Mereka lebih banyak menghabiskan masa dengannya daripada aku. Usia perkenalan aku dan Abang Akram masih setahun jagung. Jika difikirkan, aku lebih rapat dengan mereka berdua daripada mereka yang lain di rumah Tuan Kamal. Sekurang-kurangnya aku tahu apa kegemaran mereka berdua. Tentang Tuan Kamal, aku haruslah mengetahui kesukaannya kerana itu sudah menjadi tugasku sebagai penjaga peribadinya.

Sambil berjalan-jalan di pasaraya yang besar itu, aku terleka seketika. Memerhatikan ragam ramai orang, banyak perkara dapat aku pelajari. Sikap manusia memang pelbagai. Melihat si ibu memujuk anaknya yang merajuk dek tidak dapat sesuatu yang diidamkan, membawa fikiranku mengingati ayah. Kemudian melihat sekumpulan remaja yang riang bergurau sambil memilih baju untuk dibeli, membuat aku tersenyum seketika. Terhibur. Terlupa aku masalah yang melanda jiwa buat sementara. Tidak lama, mataku tertancap pada sepasang kasut yang sungguh cantik. Primavera. Kasut berjenama yang selalu menjadi idaman hatiku. Persis kasut seorang puteri. Kalaulah aku berpeluang menyarungkan kasut ini di kaki ini. Tentu aku akan menjadi lebih yakin membawa diri kerana merasa diriku istimewa. Seutas beg tangan yang ringkas juga menarik perhatian. Sungguh kemas jahitannya. Namun seperti kata orang-orang tua, ukurlah baju di badan sendiri. Aku tidak cukup berkemampuan untuk mengeluarkan wang simpanan semata-mata untuk membeli barangan yang hanya akan dipakai sekali-sekala sahaja. Kebiasaannya, aku hanya menyarungkan kasut yang dibeli di pasar malam atau mana-mana kasut kain yang selesa untuk dipakai dalam semua keadaan. Setelah puas membelek, aku beredar dari kedai setelah mengucapkan terima kasih atas kesabaran para jurujual di situ melayaniku.

Penat rasanya. Sudah lama aku tidak berjalan-jalan tanpa tujuan seperti ini. Walau tujuan asal aku keluar adalah untuk membeli barang hantaran. Mungkin memahami, Abang Shah dan Kak Aina tidak banyak mengganggu aku. Mereka sekadar bertanyakan beberapa perkara apabila perlu sahaja. Selebihnya, membiarkan aku berbahagia dalam dunia yang telah aku cipta sendiri di pasaraya mewah ini. Menjelang petang, kami singgah di sebuah restoran makanan segera. Lapar. Kami membuat keputusan untuk makan sebelum pulang ke rumah. Mudah. Nanti setelah tiba di rumah, kami boleh terus berehat untuk melepaskan kelelahan. Menu ringkas, beberapa ketul ayam goreng mengisi perutku pada petang itu. Kami bertolak pulang sebelum enam petang, supaya tidak berada di atas jalan pada waktu senja. Tuan Kamal tidak membenarkan aku keluar malam dalam tempoh pertunangan ini. Tidak mahu hilang seri katanya. Aku pun tidak tahu sebab apa alasan itu diberikan. Sedang aku tahu, memang tidak baik jika keluar pada waktu senja. Itu waktu untuk syaitan dan iblis, bukan manusia. Harusnya kita berada di rumah, habiskan masa untuk solat dan berzikir sehingga waktu Isyak tiba. Waktu yang baik untuk berdoa, kerana ia adalah antara waktu langit terbuka tanda Tuhan bersedia memakbulkan doa yang dipohon oleh hamba-Nya yang bersungguh-sungguh meminta.

7 comments:

MaY_LiN said...

mesti abg akram tu da lama suka..
tgk dlm diam je..

rahmahmokhtaruddin said...

wah?
da bc dah?
rsnye br je masukkan kejap td..

comei said...

uishkk sguh2 misteri itu abg akram
hurm, harap2 t nisa bahgie ye hehe

Che Sue said...

memang sgt misteri...tpi ape plak citer khiriah n adrian tu? kan nisa dah nak tunang ngan akram..?
adakah nisa pilihan akram ataupun tuan kamal yg memang nak jodohkan meraka tu..?
seronok plak bace hasil cik rahmah nie...
cepat2 smbg tau tuk new n3....

misz nana said...

Baru berkesempatan baca cite ni..
Best gak..
Harap2 pasni describe sket watak Abg Akram tu..
Nak tau gak dia tu romantik ke, penyayang ke.. Hehe..

Rosez Leena (Org Ganu) said...

salam ziarah..best2

rahmah said...

#comei: ye, harapkan nisa bahagia nnt..

#sue: nak tau ye? nant sm2 kita tggu episod akan dtg ye. kalau ada idea menarik boleh je gtau kat sini, atau nak emel saya privately pun, always welcome..

#misz nana: thanks a zillion. nak ellaborate watak abg akram ye? nant sy fikirkan..mungkin boleh keluarkan satu episod tentang dia..tq idea tu..

#Org Ganu: terima kasih atas pujian.. semoga saya tak seronok sendiri mengarang cerita ni..

Page copy protected against web site content infringement by Copyscape