Jul 17, 2009

Bahagian Dua

Salam...

Apa khabar teman-teman? Semoga semua sihat dan ceria selalu. Maaf agak lama aku menyepi dari mengirim entri ke laman ini. Hajat di hati ingin terus berkarya. Tanpa henti. Apakan daya, minda dan waktu terbeban dengan tuntutan kerja yang sarat akhir-akhir ini. Aku kelelahan, rasa tandus seketika idea yang pernah mencurah-curah sebelum ini. Diharapkan anda semua masih sabar menanti. Bukan niat membuatkan semua tertunggu-tunggu, tetapi sungguh aku tak punya kesempatan untuk mencantumkan serpihan ilham menjadi sebuah cereka buat penghibur kalian di kala sepi.
Justeru, aku pohon kemaafan dari semua. Juga rasa terima kasih kerana masih sudi mengunjungi lama ini dengan penuh setia :)

Aku,

No comments:

Page copy protected against web site content infringement by Copyscape