Jul 22, 2009

KISAH 2

Sakit benar rasa hati ini! Mengapalah semua orang sayang sangat dengan budak hingusan tu? Aku ni yang dah lama terpacak dalam rumah tu, dah lama wujud dalam hidup keluarga Kamal ni takde pula orang nak peduli! Sejak budak perempuan tak sedar diri tu masuk, habis semua orang terhegeh-hegeh nak cium kaki dia, nak manjakan dia, pujuk dia hari-hari. Loya tekak aku tengok aksi budak tu. Kononnya gadis malang, lembut, penyayang! Alih-alih, habis semua orang dia rampas dari hidup aku. Boleh jalanlah!

Menyampah sungguh rasa hati melihatkan perhatian yang diberi oleh keluarga Kamal terhadap gadis bernama Khairunnisa itu. Dia yang sebelum ini menjadi perhatian semua dicampak ke tepi setelah gadis itu tiba di sini. Segala tumpuan untuknya terbang entah ke mana. Keprihatinan Tuan Kamal padanya kian berkurang seiring hari. Mulut Tuan Kamal sudah tidak rancak bertanyakan khabarnya setiap kali dia singgah ke situ. Kalau ada pun, selalunya dia meminta aku melakukan sesuatu untuk memudahkan Nisa, meringankan bebannya. Pada awalnya dia tidak pernah kisah, tetapi semakin lama dia mula tidak betah. Sakit hati mula mencucuk rasa, menggigit jiwa, melihatkan Tuan Kamal berbahagia menumpahkan kasih buat Nisa. Bila difikirkan, dia lebih malang. Dia tidak punya sesiapa, sedang Nisa punya keluarga. Ada ayah yang penyayang. Tetapi dia hanya ada Tuan Kamal untuk menumpang kasih, mencari sayang. Rakan karibnya juga tidak habis-habis bercerita perihalnya. Kononnya sudah kenal lama sejak di universiti. Jatuh cinta kerana kasut! Sungguh tak logik! Terpaksa juga aku relakan diri mendengar ceritanya yang sering diulang-ulang tentang Khairunnisa itu! Memang menyakitkan hati! Semakin hari, semakin ramai yang menyayangi dia dan meninggalkan aku terkontang-kanting seorang diri!

Paling menyakitkan hati, pandangan Abang Akram yang selama ini dihalakan khas untuknya sudah beralih kepada Nisa! Setiap kali dia terperasankan kehadiran Abang Akram, dia tahu mata lelaki itu sudah tidak terarah padanya. Hilang sudah minat jejaka itu untuknya. Hati wanitanya semakin kuat mengatakan tiada lagi rasa kasih darinya buatku. Hatinya meyakini Abang Akram menaruh rasa pada gadis itu. Sejurus membiarkan dia yang telah lama mengharap balasan kasih. Jika Nisa tidak pernah muncul, pasti lelaki itu akan menyambut huluran kasihnya sekaligus mereka akan hidup dengan aman. Apakan daya, guruh berdentum membawa hujan yang sungguh lebat dalam perjalanan harinya. Dia amat terluka dengan keadaan itu, sehingga lumpuh satu perasaan bernama belas dalam jiwanya. Maka, setiap hari dia bangun dengan impian dan azam ntuk menghancurkan seorang Khairunnisa!

Kehadiran Khiriah sebagai tetamu ke rumah itu pada suatu ketika menghadirkan sinar baru. Melihatkan kelatnya wajah Nisa dengan kemunculan Khiriah, dia rasa sedikit gembira. Gadis bernama Khiriah itu juga seperti tidak menyenangi Nisa. Menjadi pemerhati, dia merangka strategi untuk melakukan sesuatu kepada gadis yang menjadi penghancur kebahagiaannya itu. Perlahan dia mengatur langkah merapati Khiriah, dengan hajat mencari rahsia atau kisah pahit Nisa yang boleh digunakan pada masa hadapan.

Di samping itu, dia setia melakonkan watak seorang kakak yang baik buat Nisa. Menemani ketika membeli keperluan hantaran, menatap wajah sayunya dengan rasa simpati, dan memberikan telinga mendengar bicara gadis itu yang selalu sangsi dengan dirinya sendiri. Supaya gadis itu tidak pernah bersangka yang tidak-tidak terhadapnya, dan sentiasa berharap padanya, menjadikannya tempat mengadu dan bergantung. Tetapi itu tidak pernah terjadi! Nisa lebih rela menghabiskan masa bersama Kak Ana dan Mak Limah berbanding dirinya! Nisa tidak pernah berkongsi kisah dengan dirinya, sebaliknya selalu diam dan menjadi pendengar setia kisah yang dibentangkan oleh dia mahupun Abang Shah. Tidak menjadi taktiknya yang satu itu. Menyebabkan dia terpaksa bersabar lebih lama, mengejar Khiriah yang tampak liat untuk mempercayai bahawa mereka berdua berada di pihak yang sama. Dua orang yang boleh bergabung dan menjatuhkan Nisa sehingga dia tidak berupaya untuk bangun semula! Kalau aku tak bangkit, aku bukan Nurul Ainina! Memikirkan itu, bibirnya perlahan mengorak senyum nipis.

3 comments:

Sue said...

kenapa aina terlalu berdendam ngan nisa lak?

adakah aina terlalu sayang syah ataupun akram?

berteka-teki lak kali nih..!

MaY_LiN said...

ala...
jahatnye..
nape nak dengki2 nie..
xsuka la..

comei said...

waaa ada dah yg hasad dengki huhuhu
ala cik aina ni pun, kan ke nisa dah kawin dgn shah
so amik je la ikram tu huhu