Aug 19, 2009

KISAH 18


Tidak menunggu lama, dia memulakan perbualan sejurus minuman yang dipesan dihantar ke meja kami. Agak serius air mukanya. Hilang sendanya tadi. Rasanya tiada perkara yang mendatang tadi. Tiada juga panggilan atau SMS di telefonnya yang boleh menukar perasaannya semudah itu. Dia mahu berbicara hal penting mungkin. Tentang Nisakah? Aku sedikit gugup melihatnya, langsung menelan liur. Bersediakah aku dengan apa jua permintaannya nanti? Janganlah dia meminta yang tidak-tidak. Aku tidak rasa aku cukup kuat untuk menemui wanita muda itu sekarang. Hatiku belum mantap. Semoga Anuar tahu apa yang aku rasa. Aku sangat berharap dia dapat membaca hatiku saat ini. Tak mungkinlah aku memberitahunya sebelum dia bertanya. Memalukan. Segan.

Anuar: Ehem. Bro, aku nak mintak tolong sikit ni. Boleh tak kalau buat masa ni kita jumpa kat luar je dulu? Macam sekarang ni. Kau takpe kan?

Azhar: Eh. Aku ok je. Kenapa? Pasal isteri kau ke?

Anuar: Yeap. Aku tak rasa aku sedia nak bawa kau jumpa isteri aku even kau adik kembar aku. Aku takut aku terlepas laku sebab cemburu. Tapi sebelum tu aku nak tanya. Kalau kau jumpa Nisa, apa yang kau akan buat? Kau sayang dia lagi tak?

Azhar: Aku faham. Aku tak tau apa yang aku akan buat kalau jumpa dia. Aku tak tau pun apa yang aku rasa sekarang ni. Tapi tipu la kalau aku cakap aku tak sayang dia.

Anuar: Hmm.. Kalau macam tu, aku akan bagitau Nisa pasal hal ni. Tapi, korang takkan jumpa sekarang. Bukan dalam masa terdekat ni, ok?

Azhar: Aku setuju je kalau macam tu. Nanti kalau aku dah sedia, dah jumpa pengganti, perasaan pun dah stabil, masa tu baru kita cakap lagi pasal ni ye?

Anuar: Alright, set.

Azhar: Well, tahniah la kau dapat miliki hati dia. Dia memang wanita yang baik. Sesuai sangat untuk kau. Jealous aku bro.

Anuar: Thanks. Haha, kau yang lepaskan peluang. Tapi bagus jugak. Kalau kau tak buat macam tu, tak dapat aku. Takpe, nanti kau akan jumpa juga seorang perempuan yang baik, sesuai dengan kau. Kau kan budak baik?

Azhar: Amin. Cheh, budak kau cakap aku?

Anuar: Haha. Okey apa?

Azhar: Yelah. By the way, kau dah bangkitkan pasal hal ni. Aku nak minta maaf sangat-sangat sebab kacau rumahtangga kau. Aku pun taktau kenapa aku lemah sangat sampai boleh buat benda bodoh macam tu.

Anuar: Okey, aku maafkan sebab kau adik aku. Kalau tak dah lama dah aku belasah kau. Memang cari nahas betul kau ni. Tapi aku rasa kan, semua jadi macam ni supaya kita berjumpa. Sambung balik apa yang putus. Cari balik apa yang hilang.

Azhar: Mungkin jugak. Tapi entahlah. Aku taktau nak cakap apa pasal hal ni. aku sendiri pun dah tak pasti apa yang aku rasa. Biarlah semuanya berlalu dengan masa. Aku harap aku tak buat lagi tindakan bodoh macam yang lepas.

Anuar: Yelah. Baik kita jangan cakap lagi pasal benda ni sekarang. Nanti tak pasal-pasal ada yang makan penumbuk sulung aku pulak.

Azhar: Betul jugak. Nanti tak hensem dah aku. Jatuh saham, payah nak cari awek baru pulak nanti.

Anuar: Huh, perasan betul. Dah la, minum. Lepas ni kita balik. Esok-esok lepak lagi. Aku tak boleh lewat-lewat ni.

Azhar: Yelah, orang dah ada isteri.

Lega. Batu yang menghempap dada telah dialihkan. Ringan pundakku. Rasa tiada beban. Mungkin rasa bersalah yang menghuni telah beranjak pergi dengan keputusan yang baru dibuat tadi. Aku tak salah teka, Anuar memahami rasaku. Dia juga mempunyai rasa macam aku. Aku fikir, dia juga dalam kelegaan seperti aku kini. Tiada lagi jurang perasaan yang menjarakkan perbicaraan secara tulus antara kami berdua.


8 comments:

Che Sue said...

hhmmm...kiranyer kes anuar n azhar dah settle la...

senang jer klu nak settle.seb baek kembar sendiri klu org lain tak tau pa nak jadi kat azhar tuh..!

macam mana lak penerimaan nisa klu die jumpa kembar anua tu kan.?

Che Sue said...
This comment has been removed by the author.
Che Sue said...
This comment has been removed by the author.
Che Sue said...
This comment has been removed by the author.
rahmahmokhtaruddin said...

ada mslh teknikal ye sue? tkejut dpt emel smpi 4 komen td.. huhu..

MaY_LiN said...

bagus la dpt kembar cenggini..
memahami..

Che Sue said...

mmg ader pn...my b/band nie kekadang tu biol ckit...
jgn sakit jantung sudah..!hahaha~

susah sya nnt sbb tak der kesudahan lak kisah khairunnisa nih! ngeee~

rahmahmokhtaruddin said...

huhu..sabo2.. insya allah boleh.. doa2 la sy dpt anta kt penerbit, sng awak nk bc.. x pyh guna b/band dah.. hehe..

Page copy protected against web site content infringement by Copyscape