Aug 20, 2009

KISAH 19



Sejak bertemu Azhar, suamiku semakin kerap pulang lewat. Aku maklum, sangat faham tentangnya. Biarlah. Asalkan dia bahagia. Setakat ini dia masih menjalankan tanggungjawabnya dengan baik, dia masih tak lupa tentang rutinnya. Walaupun sedikit lewat, dia masih pulang untuk makan malam.

Malam tadi, aku bertanyakan perihal Azhar. Bukan apa, aku cuma ingin tahu sebab mereka tidak berada dalam satu sesi pembelajaran sedangkan mereka sebaya. Yang aku tahu, kedua-dua mereka adalah seniorku, tetapi suamiku menjadi mahasiswa setahun lebih awal daripada Azhar. Rupa-rupanya Azhar mengalami sedikit masalah, menyebabkan dia terpaksa menangguhkan pendaftarannya selama setahun. Masalah kewangan yang hampir menyebabkan Rumah Amal Sabak Bernam milik Ayahanda dan Bonda hampir ditutup. Sungguh perit. Bagaimanalah jika aku berada di tempatnya? Pastinya dia seorang yang kuat dan tabah, tetapi dia tidak sedar tentang itu. Kehadiran seorang lelaki kaya menjadi penyelamat. Entah dari mana, dia tahu tentang masalah itu. Dia hadir di saat Azhar dan penduduk rumah amal itu hampir putus asa mencari sumber kewangan. Hadirnya membawa berita yang sangat menggembirakan, menjadi penaja di rumah itu. Mulia sungguh dia. Siapa ya?

Tapi kalau Azhar senior aku setahun, mesti Abang Shah dua tahun. Kalau macam tu, mesti dia dah grad masa aku tahun tiga dulu. Kenapa aku jumpa dia masa dia bagi aku pinjam kasut dulu? Dia extend ke? Eh, tak rasanya. Setahu aku, dia konvo on-time. Tak faham betul aku.

Abang Shah: Fikir apa ni sayang? Berkerut semacam je abang tengok.

Malas berfikir lebih lanjut, aku bertanyakan tentang itu kepadanya. Lebih mudah daripada aku membuang masa meneka dan membuat kesimpulan yang bukan-bukan.

Abang Shah: Owh, pasal tu ke? Masa abang jumpa sayang tu, abang jadi Pembantu Penyelidik kat Fakulti. Bawah Prof. Othman. Kenal tak Prof. tu?

Nisa: Yeke? Pelik juga fikir kenapa abang ada lagi kat situ kalau abang senior Nisa dua tahun. Prof. Othman? Mesti la kenal. Siapa tak kenal memang bukan budak engineering la. Kan ke Timbalan Dekan tu.

Abang Shah: Hehe. Saja je nak test sayang. Mana tahu tak kenal, kan?

Nisa: Nisa tahu la bang. Tapi, bukan abang lepas tu ambil Master Business Admin. ke? Kenapa abang jadi R.A kat fakulti kita pulak?

Abang Shah: Owh. Masa tu belum daftar lagi. Abang masuk lambat sikit. Ada sikit hal masa tu. Tu yang boleh jumpa sayang tu. Jodoh kita agaknya. Fakulti kita? Kayanya kita ada fakulti sendiri.

Nisa: Yelah bang. Jodoh kita kot. Ish abang ni. Ada je idea nak usik Nisa tau.

Abang Shah: Ala, merajuk ke? Janganlah sayang. Abang gurau je. Tak boleh ke? Abang tak nak tidur luar. Tak lena karang takde bantal peluk. Hehe.

Nisa: Tak merajuk la, saja je nak mengada. Bukan selalu pun dapat peluang macam ni. Yela, Nisa takkan bagi abang tidur luar. Nanti Nisa pun tak boleh tidur jugak. Rasa ada benda tak kena je nanti.

Abang Shah: Untung betul abang ada isteri solehah macam Nisa ni.

Nisa: Hehe. Amin. Terbuka pintu syurga untuk Nisa bila abang cakap macam tu. Terima kasih bang.

Abang Shah: Sama-sama sayang. Jom masuk tidur, abang dah mengantuk la. Esok nak kena masuk awal. Akram telefon tadi minta abang ganti dia jumpa client. Kira macam ganti kes Encik Malik tu dia cover abang. Ni abang tolong dia pulak.

Nisa: Okey. Rapat betul abang dengan Abang Akram, kan? Jomlah. Karang terlajak pula esok. Ada yang kena marah pagi-pagi.

Abang Shah: Orait. Ni pun karang ada yang membebel sampai pagi esok. Haha.


4 comments:

MaY_LiN said...

ala..kite da terbesa la..
da terikut2..
wat proofreading..
hikhik..
ader salah lg la sis..
ye ke..?
Bukan selau..ke bukan selalu..?
jangan mara

rahmahmokhtaruddin said...

corrected..tq dear.. rs da bc byk kali, ade jugak salah. huhu..

Che Sue said...

seb baek nisa dpt terima abg shah..
rupanyer dah jumpa abg shah mase kat uni dulu...
sbb tu confius ckit bila rahmah masukkan watak azhar kembar shah...

still kena gak rewind whatever yg dah dibaca he~~

rahmahmokhtaruddin said...

confused? hehe.. ms sy tulis pun dok rewind2 gak.. ulang kali baca, baru tulis betul2, takut story x tally.. hehe..

Page copy protected against web site content infringement by Copyscape