Sep 24, 2014

Cinta tak mesti memiliki.

Cinta tak mesti memiliki. Ini tema dalam cerita Kal Ho Na Ho. Juga, tema dalam kisah Daun Yang Jatuh Tak Pernah Membenci Angin. Dalam sehari, dua cerita yang boleh tahan tangkap jantung dan bikin mata masuk habuk dapat saya habiskan.

Bezanya, satu filem dan satu lagi buku yang saya baca sejak seminggu lalu. Cerita cinta daripada sudut ini ada kekuatan sendiri. Ya, melepaskan juga bererti cinta kerana apabila kita bertekad memiliki sesuatu atas dasar cinta, ia sudahpun bertukar menjadi obses (Nanti jadi cerita thriller).

Apa lagi?
Watak utama dalam filem SRK yang ini ada penyakit kronik. Jadi, dia menjadi orang yang paling mengingati mati.

Hadis Riwayat at-Tirmizi melaporkan; Daripada Abu Yaala Syaddad bin Aus RA daripada Nabi SAW sabdanya, “Orang yang bijak itu ialah mereka yang mengambil berat tentang dirinya dan beramal untuk selepas mati. Manakala orang yang lemah itu ialah mereka yang menurutkan hawa nafsunya sedangkan dia bercita-cita untuk menjadi hamba Allah yang diredhai.”
(Sumber: e-hadith)

Watak bergelar Aman ini berusaha menggembirakan orang sekeliling dan memaknakan hidupnya. Sebagai orang Islam, pastilah kita akan lebih beruntung apabila menjadi orang yang mengingati mati. Alhamdulillah. Astaghfirullah.


by Rahmah Mokhtar



September 25, 2014 at 02:12AM

from Facebook

via IFTTTfrom Facebook

via IFTTT

4 comments:

Shukri Mohd Ali said...

akak, panjangnya tajuk.

TulisCerpen101 said...

Dia masuk tajuk ke? Akak tengah fikir cemane nak ubah setting ni.
Tq roger dik.

Shukri Mohd Ali said...

ye kak dia masuk tajuk kalau view pada laptop :)

bukan adik, tapi bebeh. hahaha :P

rahmahmokhtaruddin said...

Okey, dah edit. Tq bagitau ya. Haha, okey bebeh! ^_^

Page copy protected against web site content infringement by Copyscape