Sep 26, 2014

Kepentingan menjadi orang berilmu

Ada ceramah untuk budak sekolah yang nak ambil SPM dan ibu bapa mereka di masjid.

Suara ustaz terdengar sampai rumah. Ustaz menyanyikan lirik ini dengan nada dalam filem Mohabbatein (babak SRK lawan Amitabh masa dia bawa pelajar-pelajar Gurukul di luar sekolah).

"Sesiapa yang mahukan dunia, maka dia perlulah berilmu, Sesiapa yang mahukan akhirat, maka dia perlulah berilmu."

Sabda Rasulullah s.a.w. seperti yang dilaporkan oleh Al-Bazzar, yang bermaksud, "Jadikanlah dirimu orang alim (berilmu) atau orang yang menuntut ilmu atau orang yang selalu mendengar pengajaran atau orang yang mencintai (tiga golongan yang tersebut) dan janganlah engkau menjadi dari golongan yang kelima, yang dengan sebabnya engkau akan binasa." (Riwayat al-Bazzar)
Sumber : e-hadith

Siapa golongan yang dimuliakan Allah ini?
1. Orang yang mengajarkan ilmu.
2. Orang yang menuntut ilmu.
3. Orang yang rajin mendengar atau mengikuti majlis ilmu.
4. Orang yang mencintai 3 golongan di atas.

*Golongan kelima: orang bodoh sombong yang tidak mahu belajar dan tidak boleh diajar.

Alhamdulillah. Dapat sedikit ilmu pagi ini.


by Rahmah Mokhtar



from Facebook

via IFTTTfrom Facebook

via IFTTT

No comments:

Page copy protected against web site content infringement by Copyscape