Sep 29, 2014

Kau Jangan Takutkan Aku!

"Kau jangan takutkan aku pula!"
Insiden. Untuk makan malam tadi saya masak sayur kobis masak lemak, isi ikan goreng tepung dan ikan selar goreng berlada. Pukul 8.30 malam dah siap letak lauk atas meja.

Kemain, tunggu adik selesai kain sambil tengok-tengok laman FB dengan rasa best.

Apabila adik keluar dari bilik, dia menoleh ke dapur (disebabkan ada bunyi) dan bertanya, "Awak masak ke?"

Dengan yakin, saya menggeleng sambil mengerutkan dahi, "Taklah, hujan. Kau jangan takutkan aku!"

Dalam hati, terdetik juga pertanyaan, 'Kenapa hujan ni dengar bunyi dari arah dapur saja?'

Selepas beberapa minit, saya bangun dan bersedia untuk menghidang. Sewaktu mahu menukar pinggan lauk tengah hari yang masih berbaki, saya pandang mangkuk berisi sayur kobis masak lemak.

Oh-em-ji!

Terus berlari ke dapur sambil cakap, "Aku masak! Ya Allah, lupa tadi panaskan lauk! Nasib baik api kecil!"

Alahai.... MakMah, kau dah kenapa? Uhuk, nasib baik abang makan bertambah-tambah sebab lauk sambal tu sedap (Puji diri sendiri, hihi)

"Kawan-kawan, MakMah nak ucapkan Selamat Hari Kopi Sedunia. Selamat minum kopi, ya?" Uhuk.

#MakMah #pengalamansaya


by Rahmah Mokhtar



from Facebook

via IFTTTfrom Facebook

via IFTTT

No comments:

Page copy protected against web site content infringement by Copyscape