Sep 30, 2014

September 30, 2014 at 03:46PM

Cerita pemandu lori. Inspirasi kisah benar. Sila jangan tiru aksi ini di rumah. Sahabat telefon saya dan bercerita sesuatu hal luar jangka. Katanya, "Hari ini kami iklankan jawatan kosong pemandu lori. Tapi, hari ini kerani bercuti. Jadi, aku kena gantikan dia di meja admin. Jadi, awal petang tadi ada seorang lelaki telefon." Soalku ingin tahu, "Okey, lepas tu?" "Kau dengar, ya? Ini cerita kami tadi." Lelaki: "Helo, ini siapa?" Izzati: "Saya Izzati. Ini siapa?" Lelaki: "Saya ada baca iklan pasal pemandu lori ni." Izzati: "Ya, betullah tu. Encik nak mohon jawatan ni?" Lelaki: "Tapi saya lepasan SPM saja, boleh ke jadi pemandu lori?" Izzati: "Boleh. Asalkan ada lesen bawa lori, mestilah boleh." Lelaki: "Tapi, gaji lepasan SPM memang kecil, ya?" Blur. Sambung lelaki itu lagi, "Sebenarnya, saya ada buat kerja part-time. Tapi, semuanya gaji kecil. Saya nak tanggung adik-adik saya belajar lagi." Semakin lama, makin banyak dia bercerita, "Ada kawan mak saya, dia orang kaya. Saya pernah kerja dengan dia. Dia bayar RM500-600 sehari. Okey tak kerja tu?" Layankan saja, Izzati membalas, "Ha,okeylah tu!" Pemuda: "Mak saya pun cakap okey. Tapi...." Bla... bla... bla... bla.... Dah kenapa? Sebenarnya dia mahu minta kerja atau pendapat? Dik, baca iklan jawatan kosong betul-betul. Peluang menambah pendapatan, bukan pendapat. -_-

by Rahmah Mokhtar



from Facebook

via IFTTTfrom Facebook

via IFTTT

No comments:

Page copy protected against web site content infringement by Copyscape