Oct 21, 2014

October 21, 2014 at 10:08PM

Hijrah. Sudah hampir tahun baru. Teringat pernah tulis lirik nasyid tema hijrah semasa Tingkatan 5 dahulu. Masa ni, ustazah minta siapkan lirik. Mahu segera. Maka, semua hukum ritma apa semua aku langgar. Kawan-kawan keliling, aku paksa ulang rangkap lagu Hijrah (Hijrah itu pengorbanan, hijrah itu perjuangan, hijrah membentuk perpaduan....) berkali-kali sampai kering tekak. Ya, idea lirik ini tidak original. Ia diilhamkan daripada lagu lain. Tapi, sudah gali dan dapatkan talian hayat daripada Izzatt Izzat pun, aku dapat ingat satu rangkap saja. Hijrahmu satu perjuangan, Menegak Islam agama tercinta, Memulakan langkah penuh keredhan, Menuju cahaya kegemilangan. Nota: Muhasabah diri. Banyak sangat main-main tahun ni. Hadoi sangat!

by Rahmah Mokhtar



from Facebook

via IFTTTfrom Facebook

via IFTTT

No comments:

Page copy protected against web site content infringement by Copyscape